Wednesday 10 July 2013

Selamat Bertemu Kembali Ramadan

Alhamdulillah,,,diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadan pada tahun ini. Alhamdulillah selamat menyempurnakan ibadah puasa untuk hari pertama 10 Julai 2013.. Niatkan di hati untuk memaafkan semua orang..sesungguhnya memaafkan kesilapan dan kesalahan orang lain dapat melapangkan jiwa.
Selamat berpuasa pada ahli keluarga di kampung, rakan-rakan dan semua umat Islam.. Rindunya nak berbuka puasa di rumah.
Moga puasa kali nie mendatangkan seribu rahmat pada semua umat Islam yang menyambut Ramadan kali nie..  aamiin :)

Friday 10 May 2013

Bulan Rejab Bulan Allah

Selamat menyambut bulan Rejab kepada semua muslimin dan muslimat..


Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

Thursday 7 February 2013

"Memberi tidak bererti mengurangi apa yang ada, tapi bersyukur dengan apa yang dimiliki"

Saturday 2 February 2013


Allah S.W.T berfirman:

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(An-Nur’:26)

~Janji Allah~

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"