Sunday 4 November 2012

Doa untuk Sahabat



Ya Allah,
Ya Rahman Ya Rahim,
Ampunilah dosa semua sahabat-sahabatku,
Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka semua,
Berilah taufiq dan hidayah-Mu kepada mereka,
Mudahkanlah segala urusannya, murahkanlah rezekinya
Kurnikanlah mereka keluarga yang bahagia beserta anak-anak yang soleh.

 Ya Allah,
Ya Rahman, Ya Rahim,
Tanamkanlah perasaan kasih sayangku kepada semua sahabatku
Dan tanamkan perasaan sayang mereka kepadaku
Agar kami saling mengasihi,
Serta kukuhkan dan eratkan ukhuwah antara kami.
Amin, amin Ya Robbal a'lamin

Sekali kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insya Allah mereka pun akan mendoakan kita semula. :)

ALHAMDULILLAH..Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan insan yang menyayangiku kerana-Mu.


Cinta & Doa

Ya Allah..

Seandainya dia terbaik untukku, agama, dan keturunanku maka satukan lah hati kami dengan ikatan yang suci. Tapi seandainya dia tidak baik untukku, agama dan keturunanku maka bawalah dia pergi jauh dari pandangan dan ingatanku. Ameen

 

"Berkahwin dengan orang yang dicintai ialah impian dan berkahwin dengan orang yang tidak dicintai ialah JODOH."

 

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hati tidak pernah merindu dan cemburu.

 

*Terima kasih pada insan yang pernah bertahta di hati walaupun hanya sementara. Sesungguhnya ada hikmah kita dipertemukan dan yakinlah jodoh itu milik Allah.