Wednesday 10 July 2013

Selamat Bertemu Kembali Ramadan

Alhamdulillah,,,diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadan pada tahun ini. Alhamdulillah selamat menyempurnakan ibadah puasa untuk hari pertama 10 Julai 2013.. Niatkan di hati untuk memaafkan semua orang..sesungguhnya memaafkan kesilapan dan kesalahan orang lain dapat melapangkan jiwa.
Selamat berpuasa pada ahli keluarga di kampung, rakan-rakan dan semua umat Islam.. Rindunya nak berbuka puasa di rumah.
Moga puasa kali nie mendatangkan seribu rahmat pada semua umat Islam yang menyambut Ramadan kali nie..  aamiin :)

Friday 10 May 2013

Bulan Rejab Bulan Allah

Selamat menyambut bulan Rejab kepada semua muslimin dan muslimat..


Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

Thursday 7 February 2013

"Memberi tidak bererti mengurangi apa yang ada, tapi bersyukur dengan apa yang dimiliki"

Saturday 2 February 2013


Allah S.W.T berfirman:

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(An-Nur’:26)

~Janji Allah~

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
"Dalam diam , aku akan terus mendoaknmu ..Semoga Tuhan sampaikan isi hati ini melalui DOA yang khas ku titipkn buatmu dgn cara-Nya yg terindaH"

"Di atas jalan berliku moga Allah luruskan langkahmu"

Tika langit dunia runtuh moga Allah teguhkan aqidahmu"

Jika kesusahan datang moga Allah kuatkan hatimu"

Pada hati yang gelisah moga Allah curahkan ketenangan dalam hatimu"

Moga Kasih sayang Allah sentiasa bersamu itu."


"Tuhan tidak menguji hambanya melebihi batas kemampuan hambanya, bila dugaan itu besar dan kita sanggup melaluinya itu pertanda kita mempunyai tempat yang khusus di sisi Tuhan"


 Kadang2 kita terlupa yang kita telah lakukan sesuatu yang kejam pada insan yang menyayangi kita seikhlas hati. Kita akan cuba mendapatkan seluruh kepercayaan dan keihlasan darinya sehingga tanpa disedari kita telah mengkhianati apa yang dia cuba buat untuk kita selama nie.
Kadang2 kita sanggupkan lepaskan apa yang kita ada untuk miliki suatu yang lebih baik pada pandagan kita sedangkan ianya xbaek untuk kita. Sehingga suatu masa apa yang dmiliki tinggalkan kita dan apa yang kita lepaskan dulu hilang dari pandangan. Hah!!Saat tu baru kita rasa kan yang ianya amat berguna dan terbaik bagi kita. Tapi masa tu semuanya dah pun terlambat. Menyesal pun dah tiada gunanya. Mesti akan keciwa teramat sangat time 2.
Jadi kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada. Sesungguhnya setiap perbuatan akan dihitung di akhirat kelak dan sesungguhnya Allah itu Maha Adil..

"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan harta kamu tetapi Allah lihat pada hati dan amalan kamu"

 

"Bersihkan hati, naikkan seri muka dengan zikirullah, banyakkan berdoa dan pagarilah hati dengan tawakal kepada Allah"